mintak tolong tekan :')


Monday, September 29, 2014

Tauhu Sumbat Kuah Kacang

Hai...lama betul xlawat blog sendri...macam2 dah masak...tp xsempat kutulis...adoi...ni nak bagi resepi tauhu sumbat la...tp ekceli yg aku buat, aku xsumbat siap2...time nk makan, korg sumbat sendiri.hahaha....lg best kan..coz ikut suka ko nak banyak mana sayur utk disumbat.hahaha..





Tauhu sumbat:

5 ketul tauhu
Garam
Kunyit
Ajinamoto* (xletak pn xpe)
Lobak merah
Timun
Taugeh

Cara:

1. Lumurkan garam n kunyit pada tauhu. Gorengkan. Da siap, boleh potong bg bentuk segitiga cam lam gambar tu. Then belah tengah2.
2. Taugeh tu kena celur. Lobak n timun, uols potong ikut suka ye

Kuah kacang:

5 ulas bawang putih  }      
1 biji bawang besar   }   dikisar halus

10 biji cili kering (dimasak & dikisar)
2-3 batang serai (dititik)
500 gm kacang tanah - digoreng sehingga agak perang dan ditumbuk/kisar (tidak terlalu  halus)

Sedikit air asam jawa
250-300 ml santan
500 ml air

Gula merah/gula manisan
Garam

Cara:
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering & serai dan tumis sehingga agak kering (naik minyak).
3. Masukkan air dan kacang tanah. Masa ini bau dah mula naik.
4. Masukkan sedikit air asam jawa juga santan dan kacau sebati
5. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula merah secukupnya. Masak hingga menggelegak.
6. Sesuaikan juga kepekatan kuah. Sekiranya kelihatan pekat, tambahkan lagi air sedikit-sedikit  (sebab kacang akan mengembang bila dimasak)
7. Bila sudah selesai, rasa puas hati, tutup api dan boleh angkat!

No comments:

Post a Comment