Tauhu sumbat:
5 ketul tauhu
Garam
Kunyit
Ajinamoto* (xletak pn xpe)
Lobak merah
Timun
Taugeh
Cara:
1. Lumurkan garam n kunyit pada tauhu. Gorengkan. Da siap, boleh potong bg bentuk segitiga cam lam gambar tu. Then belah tengah2.
2. Taugeh tu kena celur. Lobak n timun, uols potong ikut suka ye
Kuah kacang:
5 ulas bawang putih }
1 biji bawang besar } dikisar halus
10 biji cili kering (dimasak & dikisar)
2-3 batang serai (dititik)
500 gm kacang tanah - digoreng sehingga agak perang dan ditumbuk/kisar (tidak terlalu halus)
Sedikit air asam jawa
250-300 ml santan
500 ml air
Gula merah/gula manisan
Garam
Cara:
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering & serai dan tumis sehingga agak kering (naik minyak).
3. Masukkan air dan kacang tanah. Masa ini bau dah mula naik.
4. Masukkan sedikit air asam jawa juga santan dan kacau sebati
5. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula merah secukupnya. Masak hingga menggelegak.
6. Sesuaikan juga kepekatan kuah. Sekiranya kelihatan pekat, tambahkan lagi air sedikit-sedikit (sebab kacang akan mengembang bila dimasak)
7. Bila sudah selesai, rasa puas hati, tutup api dan boleh angkat!
No comments:
Post a Comment