mintak tolong tekan :')


Tuesday, September 30, 2014

Gulai Kuning Ikan (pantai timur)

Tak tahu nak masak pe tgh hari ni...so aku gulai ikan kembung je la...campak kacang buncis skali sbb malas nk grg sayur plak...so arini aku n Damia (da 2 tahun setengah dah anak aku ni) mkn 1 lauk simple je.sib baik damia suka sayur n makan je ape yg mama dia makan...check it out!! Mmg best n senang...try la...mesti xnyesal




Bahan2:
3 ekor ikan kembung (boleh tukar ngan ikan lain.ikut suka)-potong dua
4 ulas bawang merah- tumbuk
2 ulas bawang putih- tumbuk
3cm kunyit- tumbuk
1cm lengkuas- ketuk
1/2 keping asam gelugur (bgtg pada jenis n tahap masam)
1 1/2 sudu besar cili giling
1/2 kotak santan (kotak plg kecik tu)
4 biji cili padi
Garam
Ajinamoto* optional
6 batang buncis- potong2 lebih kurang 2inch

Cara2:
1. Tumis bawang merah n bawang putih sampai naik bau n garing
2. Masukkan cili giling n biar seketika.agak garing..
3. Masukkan sedikit air, santan, kunyit dan lengkuas.biarkan mendisih seketika.
4. Kemudian baru masukkan ikan dan asam gelugur...jangan lupa masukkan garam n ajinamoto
5. Bila menggelegak...boleh la nk campak cili api (tanpa potong) n buncis.

Ps.bg yang suka pedas, boleh tumbuk je cili api tu...sy just campak sebijik2 coz anak xsuka pedas...eh...masih xmkn pedas..hahaha

Monday, September 29, 2014

Tauhu Sumbat Kuah Kacang

Hai...lama betul xlawat blog sendri...macam2 dah masak...tp xsempat kutulis...adoi...ni nak bagi resepi tauhu sumbat la...tp ekceli yg aku buat, aku xsumbat siap2...time nk makan, korg sumbat sendiri.hahaha....lg best kan..coz ikut suka ko nak banyak mana sayur utk disumbat.hahaha..





Tauhu sumbat:

5 ketul tauhu
Garam
Kunyit
Ajinamoto* (xletak pn xpe)
Lobak merah
Timun
Taugeh

Cara:

1. Lumurkan garam n kunyit pada tauhu. Gorengkan. Da siap, boleh potong bg bentuk segitiga cam lam gambar tu. Then belah tengah2.
2. Taugeh tu kena celur. Lobak n timun, uols potong ikut suka ye

Kuah kacang:

5 ulas bawang putih  }      
1 biji bawang besar   }   dikisar halus

10 biji cili kering (dimasak & dikisar)
2-3 batang serai (dititik)
500 gm kacang tanah - digoreng sehingga agak perang dan ditumbuk/kisar (tidak terlalu  halus)

Sedikit air asam jawa
250-300 ml santan
500 ml air

Gula merah/gula manisan
Garam

Cara:
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering & serai dan tumis sehingga agak kering (naik minyak).
3. Masukkan air dan kacang tanah. Masa ini bau dah mula naik.
4. Masukkan sedikit air asam jawa juga santan dan kacau sebati
5. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula merah secukupnya. Masak hingga menggelegak.
6. Sesuaikan juga kepekatan kuah. Sekiranya kelihatan pekat, tambahkan lagi air sedikit-sedikit  (sebab kacang akan mengembang bila dimasak)
7. Bila sudah selesai, rasa puas hati, tutup api dan boleh angkat!

Sunday, February 3, 2013

Apam Balik

~Apam Balik~

2cwn tepung gandum
1/2cwn gula
1/2sk soda bikabonat
1/2sk baking powder
1sk pewarna kuning
1bj telur
1 1/2cwn air
bahan tabur:
kacang tanah tumbuk
gula
jagung dlm tin
-blender gula,telur dan air kemudian masukkn bahan2 yg lain kecuali tepung..dah sebati bolehlah di masukkan tepung ckit2 sampai habis..panaskan kuali bubuh sesenduk adunan kemudian di tabur gula..lepas tu taburkan kacang tanah dan jagung..tunggu seketika kemudian di lipatkan..bolehlah di angkat...
~selamat mencuba~

KUIH SAMPAN@LIMAS


~KUIH SAMPAN@LIMAS~




utk bancuhan warna hijau:-
2 cwn santan cair
1 cwn tepung gandum
5sb gula
sedikit pewarna hijau
-kesemua bhn ni d blender-

utk bancuhan warna putih:-
2 cwn santan pekat
1/2 cwn tepung gandum
1sk garam
-kesemua bhn ni pon d blender-

gula 1sk-d masukkn ke dlm acuan daun pisang

masukkn separuh bancuhan hijau ke dlm acuan daun pisang,kemudian d kukus selama 10min..
bila adunan warna hijau tu dah keras masukkn pulak bancuhan santan putih tadi sehingga agak penuh dan kukus balik dlm 5min...
setelah masak sejukkan seketika dan sedia utk d makan...
`SELAMAT MENCUBA~

sotong kangkong


~sotong kangkong~




cili kering (ikut suka nak pedas mane)
sedikit belacan
1sb minyak masak
-goreng cili kering hingga garing kemudian di blender dgn belacan dan sedikit air..
3@4sb gula merah
250ml air
-masak gula merah bersama air sampai mendidih
1sb petis udang(resepi asal takda tp sya bubuh)
sedikit bancuhan tepung jagung(ikut nak pekat mane)
garam dan gula
bijan


-masukkan cili kisar kedalam periuk gula merah yg mendidih td dan masak lg hingga mendidih blk..
kemudian masukkn petis udang dan kacau
-masukkan bancuhan tepung jagung tadi..
-akhir sekali perasakan garam dan gula(jika gula merah kurang manis)
-tabur bijan
dah siap boleh la di tuang atas sotong dan kangkung yg dah di celur...
mudahkan..
~selamat mencuba~

Friday, November 2, 2012

Singgang Ikan

uihhhh....da lama tak berblog...sorry laaaaa.....banyak sgt keje....nak apply cuti tanpa gaji kt majikan aku lg....huhuhu,maklumlah, org len leh je siap PhD dalam masa 3 tahun (aku tertanya2 camne diaorng wat), aku nye PhD da masuk tahun keempat..huhuhuh....wat a bad achievement....huhuhuhu....

samalam aku masak singgang ikan je....lewat sangat balik dr UKM....so JeMPuTLaH TgK!!




bahan2: (UTK 2 ORG JE TAU) 

2 ekor ikan kembung (saiz sederhana-potong dua)
3 ulas bawang putih 
2 ulas bawang merah 
1cm lengkuas (bahagi dua)
1tbsp garam
2 kpg asam gelugur
ajinomoto secukupnye
5-7 biji cili merah dan hijau 
1 1/2 gelas air
serbuk kunyit (hanya sikit,utk warna shj)



Cara-cara
1) masukkan kesemua bahan  di atas dan kemudian tunggu mendidih dan sedia untuk di hidang

senang je kan.....kompom boleyh buat nih

Sunday, October 14, 2012

Puding karamel





Bahan2:
7 biji telur
4 keping biskut tawar (tumbuk halus,jgn kisar) atau 1 tbsp tepung jagung
1 tsp esen vanila
3 @ 4 tbsp gula pasir
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil air (sukatan susu td)


cara2:-
- ambil loyang,panaskan loyang atas dapur beserta gula di dalamnya (ala2 goreng gitu). pastikan gula keperangan dan ratakan ke seluruh permukaan loyang.kemudian ketepikan, biarkan loyang n gula sejuk dan mengeras.
-panaskan air dalam pengukus sampai mendidih.
-blend telur dan tepung jagung (jika pilih guna tepung jagung)
-masukkan ke dalam bekas,gaul bersama dengan biskut (kalo guna biskut), esen vanila,susu dan air sehingga sebati
-letak loyang ke dalam kukusan dan terus masukkan acuan puding tersebut
-kukus (pastikan air kukusan yg mendidih) selama 20-30 min

*nak check tul2 masak, cucuk je lidi kt tgh2,kalo melekat kt lidi,sure lom masak