bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis
(goreng dahulu,kalo xnak pn takpe aje)
12-18 biji cili padi (yg
ni ikut tahap anda suka pedas la)
1-2 cm kunyit
sebatang serai (ketuk)
1-2 helai daun kunyit
(hiris halus)
2-3 tbsp minyak
sedikit garam
1-2 tbsp tempoyak (ikut
kesukaan anda)
cara-cara:
1. Tumbuk lumat kunyit
hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
2. Panaskan sedikit
minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili
3. Kemudian masukkan
tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket
kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 je.
4.Selepas 3 minit, agak2
bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler
di hidang.
5. Kalo tempoyak tu
agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, sekeping
dua ya
No comments:
Post a Comment