mintak tolong tekan :')

Sunday, October 14, 2012

Puding karamel





Bahan2:
7 biji telur
4 keping biskut tawar (tumbuk halus,jgn kisar) atau 1 tbsp tepung jagung
1 tsp esen vanila
3 @ 4 tbsp gula pasir
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil air (sukatan susu td)


cara2:-
- ambil loyang,panaskan loyang atas dapur beserta gula di dalamnya (ala2 goreng gitu). pastikan gula keperangan dan ratakan ke seluruh permukaan loyang.kemudian ketepikan, biarkan loyang n gula sejuk dan mengeras.
-panaskan air dalam pengukus sampai mendidih.
-blend telur dan tepung jagung (jika pilih guna tepung jagung)
-masukkan ke dalam bekas,gaul bersama dengan biskut (kalo guna biskut), esen vanila,susu dan air sehingga sebati
-letak loyang ke dalam kukusan dan terus masukkan acuan puding tersebut
-kukus (pastikan air kukusan yg mendidih) selama 20-30 min

*nak check tul2 masak, cucuk je lidi kt tgh2,kalo melekat kt lidi,sure lom masak

Daging Masak Lada Hitam



Bahan-bahan:-
500 gm daging lembu direbus dan dipotong nipis (air rebusan diketepikan)
5 urat kacang panjang dipotong serong
3 inci Lobak merah dipotong bulat
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang putih dikisar
2 cm halia dikisar
1 batang cili merah dipotong halus
1 batang cili hijau dipotong halus
5 sudu besar sos lada hitam (sos lada hitam yang dibuat untuk lamb chop)
Garam
Gula
Minyak

cara2:-
- Panaskan minyak untuk menumis bawang putih dan halia.
- Masukkan bawang besar hirisan cili merah dan hijau setelah tumisan berbau wangi.
- Masukkan lobak merah, kacau sehingga agak lembut.
- Curahkan sos lada hitam dan kacau.
- Masukkan daging dan kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan kacang panjang dan biarkan seketika sambil dikacau

Ayam Goreng ala KFC

aritu teringin nak makan ayam goreng KFC...tp malas nak kuar gi beli,so aku try aje buat...cari resepi kt bloggers lain...jumpa tis resepi...best gak....JeMpuT TeNGoK2 Ye :')



Bahan2:-
2 batang serai
sedikit halia
3 sdb rempah kari ayam
cili kering (ikut suka)
4 biji telo
sedikit air untuk kisar
bahan perasa
tepung beras ikut keperluan ayam
sedikit serbuk pewarna kuning
tepung gandum

cara2:-
- kisar semua bahan. ayam d gaul pada ayam ( fungsi ayam adalah untuk merangupkan dan melekatkan tepung gandum.
- ambil satu bekas kering dan masukkan tepung gandum,sedikit pewarna kuning(serbuk) garam, serbuk lada dan gaul rata.
- ambil ayam yg d perap tadi.dan masukkan dalam tepung gandum td.
- goreng dalam minyak panas.(klu minyak x panas nati tepung x melekat kat ayam dan x rangupplah)
- masukkan ayam dan bila dah masuk semuanya. kecilkan api supaya tepung gandum luar x hangit. jd isi dalam ayam betul2 masak.
- pastikan ayam tenggelam masa menggoreng kerana nanti tepung akan cantik bila d goreng

Nasi Ayam Ipoh dr Myresepi

Aku tak tahu nak masak ape...tercari2 resepi,the jumpa resepi ni....macam best plak rakan blog ni post resepi ni...dia ambil dr myresepi...so kawan2 yg nak try, jom CheCK iT OuT...





Bahan utk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Cara:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) 
masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuklada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit.selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam dan, garam untuk ini)


selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.


Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 3 sudu besar kicap lemak manis 
2 sudu besar sos tiram dan 
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Cara2:-
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam  diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.


Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam 
2 inci halia
* 3 biji bawang putih
* 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram 
2 helai daun pandan
4 sudu mentega 

Cara2:-
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak


Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah 
sedikit halia (ambik dari rebusan) 
5/6 biji bawang putih 
1 biji limau kasturi/nipis 
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya  
(Masukkan semua bahan didalam blender dan
blend hingga hancur)


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih kicap
secukupnya air rebusan ayam
secukupnya tepung jagung di campur dgn air secukupnya(utk pekatkan)  

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah  panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


Friday, October 12, 2012

Teknik Membentuk Roti

hai...salam....dah lama aku tak mengupdate blog....sibuk sangat skrang...maklumlah, keadaan di Lab,UKM tu byk sgt keje...perlukan komitmen yg tinggi....huhu...lgpun aku tgh pulun utk mendapatkan result utk research bg sem ni..kalo x,tak dapat la aku tulis repot tuk majikan aku utk sambung lagi cuti belaja aku...wish me luck okay kawan2...kt sini aku post Teknik Utk Membentuk Roti....senang gak rupanya...aku dapat semua ni dr rakan fb aku...so just nak share kt korang....CheCK iT OuT!!

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)