mintak tolong tekan :')


Tuesday, September 25, 2012

Sotong Goreng Celup Tepung

xtahu nak tulis pe...sbb aku penat arini...memasak tuk dinner pn cuti,dapur tak berasap...so aku just nak share resepi yg member fb aku post...ChECK iT OuT!!!




bahan2:
1/2 kg sotong (potong bulat2)
1/2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 tsp serbuk penaik
1 biji telur
sedikit garam
sedikit lada sulah/pepper
sedikit serbuk kunyit sbg pewarna


cara masak:
1. gaul kesemua bahan kecuali sotong dan telur
2. celup sotong ke dalam adunan tersebut kemudian celup di dalam telur 
3. sebelum digoreng,celup semula dalam adunan tepung td

*guna minyak yg panas dan pastikan sotong itu tenggelam. (ala2 deep frying gitu)

2nD CONVERSION from CuP T0 GraM T0 LiTRe

harap ini leh tolong korang dalam buat pastry, cookies dan len2. CheCK iT OuT!!!!


Monday, September 24, 2012

CONVERSION from CuP T0 GraM T0 LiTRe

tadik tgh2 aku duk surf facebook,aku terjumpa benda alah ni kt wall post sorg member fb...so aku just copy tuk korang...hope membantu korang semua....TaDaaaa!!!!!



Sunday, September 23, 2012

Ayam Goreng Kunyit

malam ni plak aku just masak ayam goreng kunyit. as tambahan lauk...lauk ptg td pun stil ade.hubby aku plak da xnak makan tuk malam ni...so ok la,just ayam goreng kunyit jadi santapan.....nGeH..nGeH...nGeH!!!



bahan2:
1/4 ekor ayam (potong kecil2)
2@3 tbsp serbuk kunyit (aku guna adabi)
1 tsp garam halus
sikit ajinamoto (optional, xnak pun xpe)
1 biji bawang besar (potong membulat tebal skit)
5 biji cili (aku suka pedas,kalo xnak just guna lada besar,xnak letak pn xpe)
sedikit kubis bunga (optional,nak letak kacang panjang pn xpe)


cara masak:
1. gaul ayam yg dah potong n basuh tu dgn serbuk kunyit, garam n ajinamoto.
2. kemudian goreng ayam tersebut dgn minyak yang sederhana.(jgn banyak sgt).biarkan sehingga garing. (aku suka ayam goreng kunyit yg garing)
3. masukkan bawang,sayur2 n cili. biarkan seketika..gaul2 then angkat (aku xsuka kalo bawang n sayur2 overcooked)

Sosej Goreng Bersos Dgn Kentang

arini aku tak tahu nak masak pe...padahal cuti...Sunday's blues....terasa malas yg amat sgt....so aku just kuarkan sosej n ayam dr peti ais aku...then......MaSaK!!!!!




bahan2:
6 batang sosej
1 biji kentang
1/2 gengam ikan bilis
3@4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2@3 tbsp ciliboh
3 tbsp sos cili
2@3 tbsp gula
1 tsp garam
sedikit ajinamoto
1/2 cawan air

cara memasak:
1. potong sosej kecik2 (aku potong serong2). then goreng. ketepikan
2. potong kentang kiub sederhana kecil n goreng. ketepikan
3. goreng ikan bilis dan ketepikan
4. panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih n merah sehingga garing
5. masukkan ciliboh n goreng sehingga garing. kemudia masukkan sos cili n air...
6. biarkan seketika kemudian masukkan kesemua bahan peras n biar ia mendidih sekejap.
kemudian bolehla masukkan sosej. kentang n bilis yg digoreng tadik
7. gaul sehingga sebati n boleh angkat n hidang

Friday, September 21, 2012

Sambal tumis telur

arini aku just masak sambal tumis telur...biasa masak tuk lauk nasik lemak,but ari2 dah makan nasik lemak bungkus yg aku beli pg2 bfore gi UKM (aku blaja lg kt sana),so da muak nasik lemak.aku masak bkn lauk tu aje,tp aku just nak kongsi resepi ni aje buat masa skrg...bfore aku balik rumah.skrg still kt UKM lg...
CheCK iT OuT!!!!




bahan2:
2 ulas bawang putih
5 @ 6 biji bawang merah
7 @ 8 tbsp ciliboh/cili giling
2 @ 3 tbsp gula
1 tsp garam
sedikit ajinamoto
3 @ 4 telur rebus yg digoreng
4 @ 5 tbsp minyak masak
1/2 cwn air


cara masak:
1. kisar bawang. leh jugak tumbuk kalo rajin. mama aku kata lg sedap kalo tumbuk.
2. goreng bawang sehingga garing, then masukkan cili cob/cili giling. masak lama skit,biar cili tu garing skit
3. masukkan garam,gula n ajinamoto. biarkan seketika
4. masukkan air dan biar sampai sebati n biarkan mendidih lama skit. aku suka letak air sbb xsuka pekat sgt.
5. curah atas telur rebus goreng yg telah dibelah dua.

Wednesday, September 19, 2012

Telur Goreng Berkicap

arini aku tak tahu nak masak ape balik nanti...kawan aku suggest masak telur goreng kicap...erm,kena balik masak la kalo camni....ni resepinya kengkawan :)





Bahan-bahan:
3 biji telur (telah digoreng setiap satu)
3 ulas bawang putih (mayang halus)
4 ulas bawang merah (mayang halus)
5@6 tbsp kicap manis
2 tbsp kicap masin
1 inci halia (hiris halus)
Bahan perasa:ikut suka (1 tbsp gula, ½ tsp garam, skit ajinamoto, sedikit lada hitam)
½ cawan air
2@3 tbsp minyak masak

Cara-cara:
1. panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih n bawang merah sehingga sedikit garing
2. masukkan halia
3. masukkan kicap n bahan perasa, biarkan seketika
4. kemudian masukkan air. Biarkan kuah sedikit pekat, barulah masukkan telur mata yang telah siap digoreng. Gaul supaya kuah rata


Sunday, September 16, 2012

Bihun Claypot Ayam Cendawan

pg ni aku makan sengsorang...hubby dah gi keje....baby Damia plak da  tido...so aku masak yg simple ake utk diri aku ni....erm,aku suka claypot, tp xde plak yee me kt umah...nak masak claypot chicken rice,tp malas. so aku buat claypot meehoon aje...next time aku bg resepi  claypot chicken rice...sorry la,pic xcantik sebab lupa nak snap b4 makan,dah makan skit br ingat...huhu...Im truly sorrY uolss!!




Bahan2 utk kuah:
6 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia (hiris nipis)
5 tangkai Cili kering ( potong 2@3)
sebelah dada ayam
6 biji cendawan shitake (belah 2@3)
2 tbsp sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
bahan perasa (gula, garam n ajinamoto)
1 tsp minyak bijan
3 cawan air (ikut suka)
2 tbsp tepung jagung (bancuh dgn air)
sayur sawi (ikut suka)
bihun (sudah dicelur)

Cara:
1. tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
2. masukkan ayam kemudian sedikit air..
3. masukkan cendawan..
4. masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
5. masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam,gula,garam,aji)
6. masukkan minyak bijan. tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
7. masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah.. bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan memasak bihun di dalam claypot tu...


*kalau takda claypot.. boleh je satukan.. masukkan bihun terus dalam kuah..nak lg sedap,masukkan telur sebiji utk setiap hidangan.

Roti Canai Ganu (>< 10 keping)

semalam hubby ajak g kedai mamak...makan roti canai..tetiba aku igt kt resepi yg mak sedara aku bg...roti canai ganu...erm,so aku cakap kt hubby,takyah la.try buat roti canai sendiri...lgpun kete takleh kuar dr porch.ade jiran India aku tgh wat majlis kawin.so sesenang aje diaorg parking tul2 depan pagar umah aku....erm, kata hubby aku,"biarla"...so mula la aktiviti kami beroti canai di rumah sahaja...AmigoS!!



bahan2:
1 cwn air
1 tsp garam
1 tbsp majerin
2-3 tbsp gula (xnak manis,leh kurangkan)
2-3 cwn tepung gandum


cara membuat:
1. campurkan air, garam, gula n majerin dan gaul rata
2. masukkan tepung ke dalam adunan...uli sampai ia menjadi doh yg lembut n tidak melekat. kalo melekat,tambah sedikit gandum tp jgn banyak.skit2 je
3. bahagikan sebanyak 10 doh yang kecil.
4. uli setiap doh dgn cara picit2 kedalam beberapa kali (xnak buat pn takpe) dan bentukkan bulat yg leper (ala,macam kt kedai mamak tu)
5. masukkan kedalam bekas dan tuang sedikit minyak.minyak tu x bazir (leh pakai masa tebar roti or menggoreng)
6. tebar roti (cam mamak buat,kalo xreti cam aku ni,aku tarik2 aje....so takde la nipis cam kt mamak tu). kalo nak roti telur, masukkan telur sebelum lipat roti yg ditebar
7. goreng di atas kuali leper dgn api yg perlahan

p/s : doh roti canai yg kecik2 tu boleh simpan dalam peti ais selama >< seminggu. so xde la kena abiskan 10 doh tu tuk skali harung je....hihihi

Saturday, September 15, 2012

Sambal Belacan

pg ni aku n hubby hanya bfast dgn nasik berlauk cara org ganu....gulai ayam yang semalam,aku just panaskan..then aku wat sambal skit.....opss....sambal belacan....favorite aku coz aku sgt suka pedas2 nih...so tgk la resepi sambal belacan aku....sgt simple...ngeeee....AdiOs!!



bahan2:

30-40 biji cili padi (kena campur kaler hijau n merah,br cantik)
1-2 tsp belacan
1/2-1 tsp garam (bgantung pd kemasinan belacan)
3-4 tsp gula
1-2 biji asam limau nipis 
3-4 tbsp air masak (jgn guna air paip tau)


cara membuat:

1. masukkan kesemua bahan ke dalam blender kering kecuali air masak n asam limau..ni sebab aku guna tuk kuantiti sedikit,so just blend ngan blender kering.tu yang kena kecualikan air n asam limau. nak best, tumbuk...tp aku mmg pemalas...smua nak cepat..kalo wat dalam kuantiti yg banyak leh terus campur semua n guna blender biasa aje..
2. kuarkan dr blender,msukkan kedalam mangkuk.campurkan air n asam limau n kacau sebati

da siap.....tadaaaaa.....

Gulai / Kari Ayam

arini asyik duk meng'explore' blog aje...al-maklumlaaa, hubby aku br ajar...JAKUN la skit..ptg tadi baru start duk dapur...tu pn sbb hubby da nak balik keje...sian plak kot2 dia da lapor...aku masak simple aje..gulai / kari ayam....nape aku letak tanda (/) sbb kt kg aku, masakan ni panggil gulai je.klo kt KLumpur ni, org panggil kari plak....mana2 aje la....yang penting, kalo nak lg sedap, bila masak malam,panaskan esok pg,lg bertambah kesedapan dia....leh wat cicah roti....cuma tukar ke daging bg org yg xsuka ayam....cheCK iT OuT!!



bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1-2 biji kentang (belah 4)
4-5 ulas bawang merah (mayang halus)
2 ulas bawang putih (mayang halus)
rempah 4 beradik (1 cengkih, 1 kulit kayu manis, 1 buah pelaga, 1 bunga lawang)
daun kari
5-6 tbsp serbuk kari (aku guna babas)
200 mL santan
3-4 cwn air
serbuk perasa secukupnya (aku: 2-3 tsp garam, 1-2 tsp gula, skit ajinamoto)
3-4 tbsp minyak

cara-cara:

1. panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau dan garing
2. masukkan rempah 4 beradik dan daun kari.biarkan seketika
3. masukkan rempah kari dan sedikit air,goreng sehingga garing.
4. masukkan ayam dan gauk sehingga rata, biarkan seketika
5. kemudian masukkan air dan kacau sempurna. biarkan ia mendidih seketika
6. barulah masukkan santan, ubi kentang dan bahan perasa. biarkan sehingga masak...kacau sesekali sementara menunggu ia masak.

Tumis Ikan Bilis Sambal tempoyak

baby ku si Damia da tido...boley la aku ber blogging balik....huh...cuti 3 hari,tak tahu na buat pe...hubby esok aje yg cuti....2 hari yg tinggal tu, aku n Damia aje yg duk d rumah...but my babygirl always sporting, xbanyak kerenah...alhamdulillah.....erm,masih tercari2,nak masak ape tuk hari ni...so utk buang masa yg ada ni,aku copy aje la resepi dulu2 yg aku simpan dalam lappy aku ni...kalo korang nak try masak,try la...Daaaaaa....





bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis (goreng dahulu,kalo xnak pn takpe aje)
12-18 biji cili padi (yg ni ikut tahap anda suka pedas la)
1-2 cm kunyit
sebatang serai (ketuk)
1-2 helai daun kunyit (hiris halus)
2-3 tbsp minyak
sedikit garam
1-2 tbsp tempoyak (ikut kesukaan anda)


cara-cara:

1. Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili
3. Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 je.
4.Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
5. Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, sekeping dua ya

ChiCKen ChOP

salam...hai...aku tgh keboringan tahap cipan..duk melepak tas katil bersama ngan Damia (mY 6mths oLD baby), sambil tgn duk silau2 lam my lappy...banyak gak runpanya resepi2 lama yg aku simpan sejak aku wat degree dulu...tup2 jupe resepi chicken chop ni...aku tak penah plak try lg...so kalo uols nak try,leh la...then bgtau la resepi ni ok ke tak..rasanya aku amik resepi ni time ade bengkel masakan dulu...selamat mencuba YE!...TaDaaa......



CHICKEN CHOP
Bahan-bahan:
1 keping peha ayam (dibuang tulang)
Tepung gandum
Sedikit garam
Telur (dipukul)
* tepung gandum digaul dengan garam


Cara menyediakan:

1. Peha ayam dilumurkan dengan tepung
2. Kemudian, dilumur pula dengan telur
3. Lumurkan dengan tepung sekali lagi
4. Akhir sekali, goreng ayam menggunakan kaedah deep fryer.



BLACK PEPPER SAUCE

*untuk dimakan bersama Chicken Chop
Bahan-bahan:
Stok daging (Cadangan : Brown Stock/ Demi-Glace – boleh didapati di
pasaraya)
Sedikit bawang putih dan bawang besar (ditumbuk)
Lada hitam (dipecah-pecahkan)
Garam

Cara menyediakan:

1. Tumis bawang dan lada hitam sehingga naik bau
2. Tuangkan stok daging dan tunggu hingga mendidih
3. Masukkan garam secukup rasa
4. Akhir sekali, tuang sos lada hitam yang telah siap ke atas ayam yang telah
digoreng dan hidangkan.


Friday, September 14, 2012

Telur Mata Goreng Bersos


arini tak tahu nak masak pe tuk si suami...si Damia ajak aku main2 ngan dia la plak....duk lam walker, but still need her mummy stay around...so, juz got to cook some simple dishes for my hubby...sorry dear!! so aku bg  menu telur goreng bersos aje eh....sure korang pandai masak punya....




Bahan-bahan:
3 biji telur (telah digoreng setiap satu)
3 ulas bawang putih (mayang halus)
3@4 ulas bawang merah (mayang halus)
3@4 tbsp sos cili
1@2 tbsp ciliboh
Bahan perasa:ikut suka (1 tbsp gula, ½ tsp garam, skit ajinamoto)
½ cawan air
2@3 tbsp minyak masak

Cara-cara:
1. panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih n bawang merah sehingga sedikit garing
2. masukkan ciliboh n kacau sehingga masak n mendidih
3. masukkan sos cili n bahan perasa, biarkan seketika
4. kemudian masukkan air. Biarkan kuah sedikit pekat, barulah masukkan telur mata yang telah siap digoreng. Gaul supaya kuah rata

Thursday, September 13, 2012

Kek Coklat Moist Kukus


arini tuk opening aku nya blog tuk aku taruk semua resepi aku, aku hadiahkan tuk korang resepi kek coklat moist kukus...sape yang amatur pn,kalo buat kek ikut resepi aku ni, kompem jadik punya...tp aku xtahu la kena ke tak ngan korang nye citarasa.....i hope u ols will like it....adios AMIGOS!!




Bahan2 untuk cake:
A: ayak kalo rajin...ngeee
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp baking powder

B: larutkan di dalam periuk dengan api dapur yang perlahan
3/4 cawan serbuk coklat
1 cawan susu coklat UHT (dutchlady)
1 cawan minyak masak (leh juga minyak jagung)
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan gula perang

C: bahan2 lain
3 biji telur
1 tbsp esen vanilla

TOPPING:masak atas api yang sangat perlahan dan biarkan sejuk skit b4 dicurah atas kek
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu pekat
1/4 cup susu coklat UHT
1 tbsp butter / minyak


Cara2 membuat kek:
1. masakkan bahan B dulu diatas dapur sehingga sebati. sejukkan.
2. mula jerang air dalam kukusan.
3. sementara menunggu air kukusan mendidih, sempat sambung buat kek.
4. sementara bahan B sejuk, pukul telur sehingga kembang
5. masukkan bancuhan B yg telah sejuk kedalam adunan telur n pukul sehingga sebati
6. masukkan bahan A sedikit demi sedikit sehingga sebati
7. bila air mendidih, boleh kukus kek tersebut di dalam loyang yang disapu minyak
8. tutup loyang dengan aluminium foil b4 kukus
9. kukus dalam masa sejam
10. keluarkan kek,sejukkan sedikit dan boleh ratakan topping yang telah disediakan