mintak tolong tekan :')


Sunday, October 14, 2012

Nasi Ayam Ipoh dr Myresepi

Aku tak tahu nak masak ape...tercari2 resepi,the jumpa resepi ni....macam best plak rakan blog ni post resepi ni...dia ambil dr myresepi...so kawan2 yg nak try, jom CheCK iT OuT...





Bahan utk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Cara:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) 
masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuklada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit.selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam dan, garam untuk ini)


selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.


Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 3 sudu besar kicap lemak manis 
2 sudu besar sos tiram dan 
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Cara2:-
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam  diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.


Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam 
2 inci halia
* 3 biji bawang putih
* 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram 
2 helai daun pandan
4 sudu mentega 

Cara2:-
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak


Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah 
sedikit halia (ambik dari rebusan) 
5/6 biji bawang putih 
1 biji limau kasturi/nipis 
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya  
(Masukkan semua bahan didalam blender dan
blend hingga hancur)


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih kicap
secukupnya air rebusan ayam
secukupnya tepung jagung di campur dgn air secukupnya(utk pekatkan)  

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah  panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


No comments:

Post a Comment