mintak tolong tekan :')

Sunday, September 16, 2012

Bihun Claypot Ayam Cendawan

pg ni aku makan sengsorang...hubby dah gi keje....baby Damia plak da  tido...so aku masak yg simple ake utk diri aku ni....erm,aku suka claypot, tp xde plak yee me kt umah...nak masak claypot chicken rice,tp malas. so aku buat claypot meehoon aje...next time aku bg resepi  claypot chicken rice...sorry la,pic xcantik sebab lupa nak snap b4 makan,dah makan skit br ingat...huhu...Im truly sorrY uolss!!




Bahan2 utk kuah:
6 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia (hiris nipis)
5 tangkai Cili kering ( potong 2@3)
sebelah dada ayam
6 biji cendawan shitake (belah 2@3)
2 tbsp sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
bahan perasa (gula, garam n ajinamoto)
1 tsp minyak bijan
3 cawan air (ikut suka)
2 tbsp tepung jagung (bancuh dgn air)
sayur sawi (ikut suka)
bihun (sudah dicelur)

Cara:
1. tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
2. masukkan ayam kemudian sedikit air..
3. masukkan cendawan..
4. masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
5. masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam,gula,garam,aji)
6. masukkan minyak bijan. tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
7. masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah.. bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan memasak bihun di dalam claypot tu...


*kalau takda claypot.. boleh je satukan.. masukkan bihun terus dalam kuah..nak lg sedap,masukkan telur sebiji utk setiap hidangan.

No comments:

Post a Comment