mintak tolong tekan :')


Sunday, September 16, 2012

Roti Canai Ganu (>< 10 keping)

semalam hubby ajak g kedai mamak...makan roti canai..tetiba aku igt kt resepi yg mak sedara aku bg...roti canai ganu...erm,so aku cakap kt hubby,takyah la.try buat roti canai sendiri...lgpun kete takleh kuar dr porch.ade jiran India aku tgh wat majlis kawin.so sesenang aje diaorg parking tul2 depan pagar umah aku....erm, kata hubby aku,"biarla"...so mula la aktiviti kami beroti canai di rumah sahaja...AmigoS!!



bahan2:
1 cwn air
1 tsp garam
1 tbsp majerin
2-3 tbsp gula (xnak manis,leh kurangkan)
2-3 cwn tepung gandum


cara membuat:
1. campurkan air, garam, gula n majerin dan gaul rata
2. masukkan tepung ke dalam adunan...uli sampai ia menjadi doh yg lembut n tidak melekat. kalo melekat,tambah sedikit gandum tp jgn banyak.skit2 je
3. bahagikan sebanyak 10 doh yang kecil.
4. uli setiap doh dgn cara picit2 kedalam beberapa kali (xnak buat pn takpe) dan bentukkan bulat yg leper (ala,macam kt kedai mamak tu)
5. masukkan kedalam bekas dan tuang sedikit minyak.minyak tu x bazir (leh pakai masa tebar roti or menggoreng)
6. tebar roti (cam mamak buat,kalo xreti cam aku ni,aku tarik2 aje....so takde la nipis cam kt mamak tu). kalo nak roti telur, masukkan telur sebelum lipat roti yg ditebar
7. goreng di atas kuali leper dgn api yg perlahan

p/s : doh roti canai yg kecik2 tu boleh simpan dalam peti ais selama >< seminggu. so xde la kena abiskan 10 doh tu tuk skali harung je....hihihi

No comments:

Post a Comment