mintak tolong tekan :')

Thursday, September 13, 2012

Kek Coklat Moist Kukus


arini tuk opening aku nya blog tuk aku taruk semua resepi aku, aku hadiahkan tuk korang resepi kek coklat moist kukus...sape yang amatur pn,kalo buat kek ikut resepi aku ni, kompem jadik punya...tp aku xtahu la kena ke tak ngan korang nye citarasa.....i hope u ols will like it....adios AMIGOS!!




Bahan2 untuk cake:
A: ayak kalo rajin...ngeee
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp baking powder

B: larutkan di dalam periuk dengan api dapur yang perlahan
3/4 cawan serbuk coklat
1 cawan susu coklat UHT (dutchlady)
1 cawan minyak masak (leh juga minyak jagung)
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan gula perang

C: bahan2 lain
3 biji telur
1 tbsp esen vanilla

TOPPING:masak atas api yang sangat perlahan dan biarkan sejuk skit b4 dicurah atas kek
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu pekat
1/4 cup susu coklat UHT
1 tbsp butter / minyak


Cara2 membuat kek:
1. masakkan bahan B dulu diatas dapur sehingga sebati. sejukkan.
2. mula jerang air dalam kukusan.
3. sementara menunggu air kukusan mendidih, sempat sambung buat kek.
4. sementara bahan B sejuk, pukul telur sehingga kembang
5. masukkan bancuhan B yg telah sejuk kedalam adunan telur n pukul sehingga sebati
6. masukkan bahan A sedikit demi sedikit sehingga sebati
7. bila air mendidih, boleh kukus kek tersebut di dalam loyang yang disapu minyak
8. tutup loyang dengan aluminium foil b4 kukus
9. kukus dalam masa sejam
10. keluarkan kek,sejukkan sedikit dan boleh ratakan topping yang telah disediakan

No comments:

Post a Comment