mintak tolong tekan :')

Saturday, September 15, 2012

ChiCKen ChOP

salam...hai...aku tgh keboringan tahap cipan..duk melepak tas katil bersama ngan Damia (mY 6mths oLD baby), sambil tgn duk silau2 lam my lappy...banyak gak runpanya resepi2 lama yg aku simpan sejak aku wat degree dulu...tup2 jupe resepi chicken chop ni...aku tak penah plak try lg...so kalo uols nak try,leh la...then bgtau la resepi ni ok ke tak..rasanya aku amik resepi ni time ade bengkel masakan dulu...selamat mencuba YE!...TaDaaa......



CHICKEN CHOP
Bahan-bahan:
1 keping peha ayam (dibuang tulang)
Tepung gandum
Sedikit garam
Telur (dipukul)
* tepung gandum digaul dengan garam


Cara menyediakan:

1. Peha ayam dilumurkan dengan tepung
2. Kemudian, dilumur pula dengan telur
3. Lumurkan dengan tepung sekali lagi
4. Akhir sekali, goreng ayam menggunakan kaedah deep fryer.



BLACK PEPPER SAUCE

*untuk dimakan bersama Chicken Chop
Bahan-bahan:
Stok daging (Cadangan : Brown Stock/ Demi-Glace – boleh didapati di
pasaraya)
Sedikit bawang putih dan bawang besar (ditumbuk)
Lada hitam (dipecah-pecahkan)
Garam

Cara menyediakan:

1. Tumis bawang dan lada hitam sehingga naik bau
2. Tuangkan stok daging dan tunggu hingga mendidih
3. Masukkan garam secukup rasa
4. Akhir sekali, tuang sos lada hitam yang telah siap ke atas ayam yang telah
digoreng dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment